PERANAN MAHASISWA DALAM MENGANGKAT STATUS MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MAJU

Posted in Buku Terbitan IPDM

perananmahasiswa 
Tajuk: Peranan Mahasiswa dalam Mengangkat Status Malaysia sebagai Negara Maju
Penulis: Tun Dr. Mahathir Mohamad
ISBN: 978-983-44865-7-0
Tahun: 2011
Halaman: 34
Penyunting: Abdul Rahman Abdul Aziz
Kategori: Buku (Ucapan)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM9.00

Sinopsis

Buku kecil ini memuatkan Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Syarahan Perdana ini cuba membawa minda mahasiswa menjelajah kepada kemungkinan-kemungkinan untuk menambahkan seri kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara. Mahasiswa yang sinonim dianggap sebagai generasi pelapis kepimpinan negara pada masa depan mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu negara untuk menjadi sebuah negara maju seperti mana yang digarapkan dalam Wawasan 2020. Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir dalam syarahannya menasihatkan para mahasiswa supaya lebih memberikan keutamaan dalam menuntut ilmu supaya mereka dapat membekalkan diri dengan segala kemahiran yang diperlukan. Selain menguasai ilmu mahasiswa juga perlu mempersiapkan diri untuk menyesuaikan diri dalam masyarkat Malaysia yang berbilang kaum.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM