ISU-ISU KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Posted in Buku Terbitan IPDM

ISU-ISU-KETAHANAN-NASIONAL-
Tajuk: Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia
ISBN: 978-967-430-700-4
Tahun: 2014
Halaman: 199
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhamed Nor Azman Nordin
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM25.00

Ketahanan nasional ialah satu konsep keadaan sesuatu bangsa itu yang memilikiketabahan dan kekuatan untuk terus berkembang dalam menghadapi dan mengatasisegala tentangan, hambatan dan ancaman, baik yang muncul dari dalam negara mahupun dari luar negara, sama ada bersifat langsung mahupun tidak langsung yang boleh mengancam atau mengganggu-gugat integriti, identiti serta kelangsungan hidup bangsa dan negara. Oleh itu, apabila berbicara tentang ketahanan nasional ia akan membincangkan tentang keselamatan dan survivor.

Ibarat organisma hidup yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman, baik dari dalam mahupun dari luar, maka ketahanan sesebuah negara itu harus diambil kira dalam memastikan bangsa dan negara yang kita diami ini mampu untuk terus survive khususnya dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Maka dengan itu, kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian ini sememangnya sering berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh mengundang resah terhadap ketahanan nasional. Apatah lagi era globalisasi dan teknologi maklumat yang melanda dunia hari ini memudahkan segala bentuk urusan yang jika tidak diambil peduli akan memberi cabaran getir buat memperkukuh ketahanan nasional. Oleh itu, konsep ketahanan nasional ini harus diperbincangkan agar rakyat Malaysia memahami akan pentingnya konsep bernegara itu sebagai satu bentuk membina sebuah negara bangsa yang berdaulat.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM