KE ARAH PEMUPUKAN KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN MASYARAKAT - 1MALAYSIA

Posted in Buku Terbitan IPDM

KE-ARAH-PEMUPUKAN-KESEPADUA
Tajuk: Ke Arah Pemupukan Kesepaduan dalam Kepelbagaian Masyarakat - 1Malaysia 
ISBN: 978-967-430-529-1
Tahun: 2014
Halaman: 119
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhamed Nor Azman Nordin
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM20.00

Buku Ke Arah Pemupukan Kesepaduan dalam Kepelbagaian Masyarakat 1Malaysia ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai keperluan kepada persediaan alam sekeliling untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam usaha kerajaan mencapai perpaduan negara, bahkan mampu menterjemahkannya dalam setiap tingkah laku dan akhirnya mewujudkan perpaduan yang jitu dalam kalangan warga Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk, perpaduan amat diperlukan bagi memudahkan hasrat kerajaan untuk memacu negara ini ke arah yang lebih makmur agar setiap rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, adat resam dan agama dapat menikmatinya bersama-sama.

Buku ini merupakan hasil daripada Seminar Pemikiran Perdana Menteri yang telah diadakan pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Seminar Pemikiran Perdana Menteri ini dilaksanakan bagi membolehkan rakyat dan generasi muda memahami dengan lebih mendalam tentang pemikiran tokoh-tokoh negarawan yang telah banyak berjasa kepada negara. Kita mengharapkan generasi kini dan mendatang dapat mempelajari idealisme tokoh-tokoh negarawan ini bagi menyemai perasaan cinta yang mendalam kepada tanah air dan juga semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat hari ini.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM