Modul Latihan Kepimpinan Belia Malaysia

Posted in Buku Terbitan IPDM

IMG 5766
Tajuk: Modul Latihan Kepimpinan Belia Malaysia
ISBN: 978-967-2064-07-7
Tahun: 2016
Halaman: 81
Penyelenggara:  Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Kategori: Modul Latihan
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
 

Modul Latihan Kepimpinan Belia Malaysia mengandungi penerangan dan aktiviti yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk meningkatkan tahap kepimpinan dalam kalangan belia di Malaysia. Program yang terdapat dalam modul ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu suai kenal, modul kepimpinan belia dan penutup.

Sesi kedua mengandungi aktiviti yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kepimpinan belia. Aktiviti-aktiviti tersebut direncanakan bagi merangkumi tujuh elemen pembangunan kepimpinan belia iaitu maksud kepimpinan, konsep kepimpinan dan organisasi, kemahiran memimpin, pemerkasaan kepimpinan belia, kepimpinan era modenisasi, golongan muda dan kepimpinan, dan agama dan kebijaksanaan setempat. Diharapkan buku ini mampu membantu setiap golongan terutamanya pendidik dalam memacu hasrat melahirkan pemimpin tanah air pada masa depan. 

BUKU TERBITAN IPDM

Posted in Buku Terbitan IPDM

 

       
TERBITAN TERKINI     IMG 5766  
Sejarah Kedah Dua Millenia
    MODUL LATIHAN KEPIMPINAN BELIA MALAYSIA  
KE-ARAH-PEMUPUKAN-KESEPADUA   PEMBANGUNAN-1960-AN  
Raksa Raya 
KE ARAH PEMUPUKAN KESEPADUAN   PEMBANGUNAN 1960-AN   RAKSA RAYA MALAYSIA
 ISU-ISU-KETAHANAN-NASIONAL-    DEMOKRASI-DI-MALAYSIA   Prosiding
 ISU-ISU KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA    DEMOKRASI DI MALAYSIA   PROSIDING SEMINAR KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA-INDONESIA 2013
 AWANG-HAD-SALLEH   snar2013    PEMBUDAYAAN-PEKERJA-DALAM-A

AWANG HAD SALLEH TOKOH PENDIDIKAN BERWAWASAN HUMANIS

 

 PROCEEDINGS OF THE FOURTH

 

 PEKERJAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

snar2012    modalinsan2    internationalrelations 
PROCEEDINGS OF THE THIRD SEMINAR ON NATIONAL RESILIENCE (SNAR III) "SUSTAIN NATIONAL SOVEREIGNTY"   MODAL INSAN PROAKTIF  
 malaysiaagenda    snar2011   transformasiminda 
MALAYSIA'S AGENDA ON NATIONAL RESILIENCE   PROCEEDINGS OF THE SECOND SEMINAR ON NATIONAL RESILIENCE "TRANSFORMING THE NATION"   TRANSFORMASI MINDA
najibrazak   hidupdalamkepelbagaian   perananmahasiswa 
NAJIB RAZAK: TRANSFORMASI PENTADBIRAN    HIDUP DALAM KEPELBAGAIAN    PERANAN MAHASISWA DALAM MENGANGKAT MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MAJU
runtuhnyamedia   agendaketahanannasional   keluhuranperlembagaan 
RUNTUHNYA MEDIA DAN INETELEK MELAYU SINGAPURA   AGENDA KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
snar2010   mediahegemony   pentadbiranawamtransisi
   
pemodenanpentadbiranawam   seribuwarna   koleksipidatotunabdullah
KOLEKSI UCAPAN TUN DR. MAHATHIR MENGENAI PERMODENAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA   SERIBU WARNA TUN ABDULLAH   KOLEKSI PIDATO PENERIMAAN IJAZAH KEHORMAT TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
membudayaintegriti   patriotismekemandiriankita    kecekapanmengurus
MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM TUGAS   PATRIOTISME KEMANDIRIAN KITA    UCAP PERDANA VII: KECEKAPAN MENGURUS
mutiarakataperdana   melestarikanpembangunannega    rakanjiranekslusif
 MUTIARA KATA PERDANA   MELESTARIKAN PEMBANGUNAN NEGARA 1982-2003 - PERUTUSAN TAHUN BARU PERDANA MENTERI MALAYSIA 1982-2003   RAKAN JIRAN LORONG KILANG AIS
 kelangsunganpentadbiran   merdekawacana   mutiarakatatunmahathir
KELANGSUNGAN PENTADBIRAN   MERDEKA: WACANA PEMBANGUNAN DAN KEDAULATAN NEGARA    MUTIARA KATA YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
 koleksisyarahantunmahathir   criminalisingwar   keynoteaddressspecialsessio
KOLEKSI SYARAHAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEMPENA PENGANUGERAHAN IJAZAH KEHORMAT   CRIMINALISING WAR (SPEECH YABHG TUN DR. MAHATHIR AT THE EXPOSE WAR CRIMES - CRIMINALISE WAR)    TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD: KEYNOTE ADDRESS AT THE PERDANA GLOBAL PEACE FORUM SPECIAL SESSION 2006
pgpf    simposiumberkalaiv    simposiumberkalaiii
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD: KEYNOTE ADDRESS AT THE PERDANA GLOBAL PEACE FORUM    SIRI SIMPOSIUM BERKALA IV: PERTAHANAN NEGARA CARA MAHATHIR    SIRI SIMPOSIUM BERKALA III: EKONOMI
simposiumberkalaii   simposiumberkalai   UCAP-PERDANA-VI
SIRI SIMPOSIUM BERKALA II: BELIA DAN KEPIMPINAN    SIRI SIMPOSIUM BERKALA I: PENDIDIKAN    UCAP PERDANA VI: PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
rakan-jiran-lorong-ais   upmindamahasiswa   upperananpenerbitanilmiah 
 UCAP PERDANA V: RAKAN JIRAN LORONG KILANG AIS     UCAP PERDANA IV: MINDA MAHASISWA   UCAP PERDANA III: PERANAN PENERBITAN ILMIAH WAHANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA
 up20tahunbersama   humansecurity    proceediingmahathirgovernan 
UCAP PERDANA I: 20 TAHUN BERSAMA MAHATHIR 
  PROCEEDINGS INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMAN SECURITY "ADVANCING HUMAN SECURITY"    PROCEEDINGS INTERNATIONAL CONFERENCE TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD: MANAGING GOVERNANCE AND DEVELOPMENT IN THE 21ST CENTURY 

Sejarah Kedah Dua Millenia

Posted in Buku Terbitan IPDM

Sejarah Kedah Dua Millenia
Tajuk: Sejarah Kedah Dua Millenia
ISBN: 978-967-0876-44-3
Tahun: 2016
Halaman: 389
Penyelenggara:  Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Kategori: Buku (Sejarah)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM59.00

Sejarah Kedah Dua Millenia mengandungi sembilan bab yang membincangkan tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dari setiap aspek. Ia merangkumi aspek kesultanan, pentadbiran, ekonomi, pendidikandan lain-lain dari zaman tradisi hingga kini.
Penghasilan buku ini juga di harapkan dapat memberi kesedaran kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dengan lebih jelas. Pemahaman tersebut sangat penting bagi melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap semua nikmat yang diperoleh sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.
Buku ini juga mampu mengisi keperluan para pembaca dalam usaha mengetahui sejarah negeri Kedah dengan mendalam. Diharapkan dengan penghasilan buku ini, sejarah negeri Kedah Darul Aman terus tersemat tanpa dilupai oleh generasi akan datang.

RAKSA RAYA MALAYSIA

Posted in Buku Terbitan IPDM

Raksa Raya
Tajuk: Raksa Raya Malaysia
ISBN: 978-967-430-701-1
Tahun: 2014
Halaman: 177
Penyelenggara:  Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM20.00

Buku ini membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kenegaraan dan hubungan etnik di Malaysia. Semua isu yang dibincangkan berdasarkan kepada isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara. Isu-isu kenegaraan dan hubungan etnik yang dipaparkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta mendidik masyarakat agar dekat dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan hubungan kaum di negara ini. 

Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya memandangkan generasi dan masyarakat pada hari ini tidak hanya perlu didedahkan tentang asas-asas serta teori kenegaraan dan hubungan etnik di dalam negara semata-mata, bahkan generasi pada hari ini juga perlu peka dengan isu-isu yang pernah berlaku dan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pembangunan bangsa dan negara. Ini adalah penting bagi memastikan generasi pembaca sentiasa peka dengan perkara yang telah berlaku di dalam negara mereka sendiri.

 

 

 

ISU-ISU KETAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Posted in Buku Terbitan IPDM

ISU-ISU-KETAHANAN-NASIONAL-
Tajuk: Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia
ISBN: 978-967-430-700-4
Tahun: 2014
Halaman: 199
Penyelenggara: Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhamed Nor Azman Nordin
Kategori: Buku (kompilasi artikel)
Penerbit: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Harga: RM25.00

Ketahanan nasional ialah satu konsep keadaan sesuatu bangsa itu yang memilikiketabahan dan kekuatan untuk terus berkembang dalam menghadapi dan mengatasisegala tentangan, hambatan dan ancaman, baik yang muncul dari dalam negara mahupun dari luar negara, sama ada bersifat langsung mahupun tidak langsung yang boleh mengancam atau mengganggu-gugat integriti, identiti serta kelangsungan hidup bangsa dan negara. Oleh itu, apabila berbicara tentang ketahanan nasional ia akan membincangkan tentang keselamatan dan survivor.

Ibarat organisma hidup yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman, baik dari dalam mahupun dari luar, maka ketahanan sesebuah negara itu harus diambil kira dalam memastikan bangsa dan negara yang kita diami ini mampu untuk terus survive khususnya dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Maka dengan itu, kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian ini sememangnya sering berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh mengundang resah terhadap ketahanan nasional. Apatah lagi era globalisasi dan teknologi maklumat yang melanda dunia hari ini memudahkan segala bentuk urusan yang jika tidak diambil peduli akan memberi cabaran getir buat memperkukuh ketahanan nasional. Oleh itu, konsep ketahanan nasional ini harus diperbincangkan agar rakyat Malaysia memahami akan pentingnya konsep bernegara itu sebagai satu bentuk membina sebuah negara bangsa yang berdaulat.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM