IPDM SASAR LEBIH SEMINAR ANTARABANGSA

Posted in Uncategorised

Penganjuran seminar International Conference on Law and Cultural (ICLC) 2017 anjuran IPDM dan Universitas Sebelas Maret (UNS) Indonesia, baru-baru ini telah mengumpulkan sebanyak 50 artikel yang dibentangkan.

ICLC 2017 yang diadakan di Solo, Indonesia merupakan satu platform bagi golongan pendidik dan mahasiswa dalam menghasilkan penulisan penyelidikan yang berkualiti serta membentangkan artikel yang dihasilkan. 

Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri menyatakan bahawa penganjuran seminar oleh dua buah negara ini sebagai satu  landasan terbaik sekaligus membuktikan bahawa proses penyampaian ilmu perlu dimartabatkan sejajar dengan pembangunan Pendidikan.

“Saya melihat seminar ini sebagai satu garisan yang dapat membudayakan aktiviti penyelidikan dan penulisan ilmiah dalam kalangan golongan profesional dan mahasiswa”

“Pensyarah merupakan golongan profesional yang tergolong dalam kelompok cendiakawan, ilmuan dan intelektual profesional.  Justeru, melalui platfom seperti seminar yang dianjurkan, ia mampu menggarap hasil penyelidikan yang berkualiti demi kemajuan sesebuah organisasi” katanya sebagai Pengerusi Seminar ICLC 2017.

Seminar ini akan mengumpulkan hasil penyelidikan dan penulisan ilmiah semua pembentang, manakala beberapa panel dari Malaysia dan Indonesia telah dilantik untuk menilai artikel tersebut bagi memenuhi kriteria untuk dimuatkan di dalam jurnal antarabangsa yang berindeks Scopus.

iclc

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM