APLIKASI ‘MEMORY LANE of KEDAH’S HISTORY’ CURI TUMPUAN PARA JURI EUREKA 2017

Posted in Uncategorised

Ukiran yang indah, hasil seni tangan yang halus dan kreatif tukang rumah menjadikan rumah tradisional begitu unik.  Pembinaan rumah tradisional menggambarkan ketinggian mutu kesenian orang-orang melayu dahulu.

Usaha Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), dalam membina aplikasi bagi ‘Memory Lane of Kedah’s History’ mencuri tumpuan para juri di International Eureka Innovation Exhibition 2017 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute Kulim Hi-Tech Park baru-baru ini.

Aplikasi ini telah berjaya memenangi Silver bagi Eureka Best Award dalam kategori Building, Construction & Materials, Social Science, Quality and Continuous Improvement, Educational Teaching & Training.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang mengetuai pembinaan aplikasi ini menyatakan perasaan bangga dan kagum atas pencapaian IPDM menghasilkan aplikasi ini bagi kemudahan masyarakat umum untuk mengenali sejarah Rumah Kedah dengan lebih dekat.

Penghasilan aplikasi ini merupakan satu inisiatif yang membolehkan rakyat menyelami warisan khazanah sejarah negeri serta dapat dijadikan sebagai bahan kajian”

“Saya juga berharap aplikasi ini akan menarik lebih ramai rakyat untuk mengenali sejarah Rumah Kedah dengan lebih dekat dan terperinci” katanya di Pameran Eureka 2017.

Turut melawat booth pameran IPDM adalah Pengerusi dan Pro-Canselor Universiti Kuala Lumpur, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Adham Baba.

image006

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM