CERAMAH MOTIVASI & KERJAYA SELEPAS STPM DI SMK MUNSHI ABDULLAH

Posted in Akhbar & Berita

 Web-SMK Munshi Abdullah1

IPDM Online : 27 Mei 2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka telah mengadakan Ceramah Motivasi dan Kerjaya selepas STPM kepada para pelajar tingkatan enam sekolah terbabit. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar sebagai persediaan awal menghadapi dunia kerjaya pada masa hadapan.
 
Bagi menjayakan program ini, Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia telah dijemput untuk memberi motivasi bertujuan menaikkan semangat para pelajar.
 
Dalam ucapannya, Dr. Zaharuddin menekankan beberapa aspek yang dianggap penting dalam membina kerjaya seseorang individu. Bahkan beliau menasihatkan para pelajar agar tidak menganggap diri mereka gagal kerana kejayaan dan masa hadapan seseorang bukan hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata, bahkan terdapat faktor-faktor lain yang boleh membantu pembinaan kerjaya seseorang.
 
Oleh itu, “para pelajar disaran agar terus berusaha memajukan diri dan memberi sumbangan kepada Negara”, ujar beliau lagi.
 
Program yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pra Universiti SMK Munshi Abdullah ini telah dihadiri oleh 60 orang pelajar. Kehadiran Dr. Zaharuddin ke program ini telah disambut oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Yusri bin Seman.
 
Tamat.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM