IPDM DEKATI PELAJAR ORANG ASLI MELALUI PROGRAM KEPIMPINAN

Posted in Uncategorised

IPDM DEKATI PELAJAR ORANG ASLI MELALUI PROGRAM KEPIMPINAN


page1

Mendekati pelajar Orang Asli membawa pengalaman baru buat staf Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), dalam ProgramMotivasi dan Kepimpinan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lanjan, Damansara Perdana, baru-baru ini. 

Bagi membina semangat jati diri dan kepimpinan dalam kalangan pelajar Orang Asli, usaha ini dilihat sebagai satu pendekatan murni yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Program anjuran IPDM, dengan kerjasama Dewan Siswazah Majlis Dakwah Negara, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Persatuan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan Alvina Empire telah melibatkan hampir 80 orang pelajar yang terdiri dari tahun tiga, empat, lima dan enam.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, dalam temu bual menyatakan pelaksanaan program ini amat penting bagi memperkasakan kepimpinan dalam kalangan Orang Asli di samping memperkukuhkan lagi pemikiran mereka mengenai Tokoh-tokoh Negara.

“Pelajar orang asli kini, telah menunjukkan prestasi yang baik dalam aspek pendidikan, Sebagai satu masyarakat kita seharusnya memberi sokongan moral kepada mereka dalam menonjol potensi diri.

“Justeru, pada hari ini kita telah merancang beberapa aktiviti dalam kumpulan yang akan dapat mencungkil idea dan pemikiran mereka terutama dalam aspek kepimpinan” katanya. 

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bukit Lanjan, Suhaidi Sapuan menyatakan perasaan gembira atas sokongan dan perhatian masyarakat luar kepada pelajar-pelajar orang asli di sekolah tersebut.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Pengarah Urusan Alvina Empire, Siti Salbiah Md Othman yang akan mengambil 19 orang anak angkat dalam kalangan murid pendidikan khas SK Bukit Lanjan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM