IPDM BENTANG LAPORAN AKHIR GERAN IKLIN

Posted in Uncategorised

IPDM BENTANG LAPORAN AKHIR GERAN IKLIN

IKLIN

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), telah menyiapkan kajian bertajuk ‘Kajian Keberkesanan Aktiviti Rukun Tetangga dalam Meningkatkan Perhubungan dan Perpaduan Masyarakat’ di bawah geran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

Satu pembentangan akhir hasil kajian telah dibuat oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri,  bertempat di Bilik Mesyuarat IKLIN Putrajaya, baru-baru ini. 

Menurut Dr. Ahmad Zaharuddin dalam pembentangan tersebut, Rukun Tetangga menjadi salah satu platform yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kawasan kejiranan yang merupakan lingkaran kehidupan perlu disuntik dengan nilai-nilai perpaduan bagi memastikan kawasan tempat tinggal dan negara berada dalam keadaan yang harmoni.

“Dalam akhir kajian ini kami mendapati, bagi meningkatkan keberkesanan program, KRT perlu mengadakan lebih banyak aktiviti yang mendapat sokongan setiap peringkat umur dan bangsa, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan penduduk terhadap fungsi KRT dan program anjurannya serta menambahkan lebih banyak aktiviti melibatkan belia dalam aktiviti Rukun Tetangga.

“Pihak IPDM mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri, yang telah membantu mengedarkan soal selidik kajian kepada Ahli-ahli Jawatankuasa KRT di bawah penyeliaan JPNIN”, katanya.

Turut hadir pada sesi pembentangan, Ketua Pengarah JPNIN Jabatan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datuk Baharin Idris.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM