SILANG BUDAYA: ZAHIR RASA SYUKUR

Posted in Uncategorised

SILANG BUDAYA: ZAHIR RASA SYUKUR

page

“Cinta itu buta. Bukan sahaja buta, malah pekak, bisu, dan dungu. Apabila seseorang jatuh cinta, kuasa fikir dia akan menjadi lemah. Tetapi, kuasa emosinya akan menguasai diri. Jatuh cinta memang indah…”. Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh penulis yang dikenali dengan nama penanya Dr.Hayya Bilal. 

Merakamkan catatan kehidupan bersama seorang lelaki yang dipanggil Negro dalam nukilannya iaitu  Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?’, perkahwinan campur antara penulis dan suami yang berasal dari Afrika ini menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Dr. Hayya Bilal atau nama sebenarnya Dr. Jamilah Jaafar, telah berkesempatan berkongsi kisah hidupnya bersama pasangannya selama lebih 20 tahun, dengan tajuk “Pembangunan Institusi Memahami Konsep Silang Budaya”,  bertempat di Manager’s Coffee, baru-baru ini.

Penulis Dr. Hayya Bilal dalam ucapannya, berkongsi kisah hidupnya bersama seorang lelaki warga Afrika yang dikenali sewaktu melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

“Memahami konsep silang budaya dalam kehidupan kita, bukanlah sesuatu perkara yang mudah, malah memerlukan kita belajar dan mengenali mereka yang datang dari pelbagai Negara dari seluruh pelosok dunia.

“Al-Quran mencatatkan tentang tujuan Allah S.W.T menciptakan pelbagai bangsa di dunia adalah supaya setiap bangsa belajar daripada kekuatan dan kelemahan masing-masing dan berusaha membina bangsa sendiri.

“Dalam buku ini, saya telah berkongsi sisi kehidupan masyarakat yang digelar Negro. Memahami budaya mereka, makanan, tempat-tempat yang menarik, dan pelbagai lagi.  Pengembaraan saya ke negara suami memperlihatkan banyak sisi menarik yang boleh diambil pengajaran” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Institut Aminuddin Baki cawangan Genting Highlands.

Penulisan buku beliau yang berunsur lawak jenaka, ayat-ayat mudah dan gaya bahasa generasi muda akan membuatkan pembaca tersenyum sepanjang pembacaan. Malah, nukilan ini pasti akan dapat memberi pengajaran kepada pembaca supaya tidak menghukum orang lain sebelum mengenali.

Dalam ucapan terakhir, Dr. Hayya Bilal mengucapkan terima kasih kepada Pengarah IPDM, PPjR. Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang sudi menjemput beliau sebagai tetamu pada program tersebut.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM