IPDM – IKSEP ATUR LANGKAH PUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Posted in Uncategorised

IPDM – IKSEP ATUR LANGKAH PUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

combine

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), yakin hubungan erat antara IPDM dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), akan membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam penerokaan sejarah Malaysia.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, IKSEP merupakan saluran yang tepat dalam mendidik dan memupuk semangat patriotisme kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Pengurus Besar IKSEP, Datuk Dr. Hj. Aziz Ujang menyatakan IKSEP lahir setelah menyedari bahawa masih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda yang tidak menghayati sejarah warisan bangsa dengan mendalam dan tidak mempunyai semangat penghayatan patriotisme kepada tanah air.

Hasil perbincangan antara kedua-dua pihak di Putrajaya baru-baru ini, IPDM dan rakan intelektual Utusan (M) Berhad akan bekerjasama dengan IKSEP untuk mengadakan forum ‘APA ISU’ dengan menampilkan pakar-pakar sejarah sebagai panel, yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Program bual bicara ini dicadangkan diadakan di bandar bersejarah Negeri Melaka. Forum ini menyingkap dan membincangkan pelbagai isu yang menguji semangat dan penghayatan patriotisme yang tinggi terhadap negara,” ujar Dr. Hj Ahmad Zaharuddin Sani.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut, IPDM turut mengemukakan cadangan untuk mengadakan Projek Lukisan Skrol Sejarah Negeri Melaka dan Aplikasi Rumah Melaka.
Projek ini akan dilaksanakan melalui kerjasama para sejarawan dari Melaka.

Objektif projek ini adalah dalam menghasilkan koleksi utama lukisan sejarah sebagai tarikan am serta penting bagi semua lapisan masyarakat, baik dalam negeri mahupun di luar Negara dan dapat menjadi tarikan kepada peminat sejarah bangsa.

Dalam ucapan terakhir, Pengarah IPDM berkata, diharapkan kerjasama dua pihak ini dapat dijadikan sebagai satu usaha dalam menyebarluaskan dan memupuk semangat cintakan Negara.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM