IPDM ADAKAN LAWATAN KE RSOGIPDM ADAKAN LAWATAN KE RSOG

Posted in Uncategorised

IPDM ADAKAN LAWATAN KE RSOG

image004

Bagi melebarkan ruang kerjasama dengan badan-badan korporat, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), telah mengadakan lawatan ke Razak School of Government (RSOG), Putrajaya baru-baru ini.

Mengagumi inovasi dan kreativiti organisasi ini, lawatan ini bertujuan bagi meneroka bidang-bidang kerjasama antara IPDM dan RSOG.

Delegasi IPDM yang diketuai oleh PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif RSOG, Encik Azman Hisham Che Doi.

Dalam pertemuan tersebut, Azman Hisham telah berkongsi mengenai pencapaian dan strategik RSOG dalam memastikan institusi ini memenuhi hasrat Kerajaan.

"RSOG telah diwujudkan untuk menterjemahkan hasrat Kerajaan dalam melihat sebuah institusi dengan reputasi dan penjenamaan di peringkat global. Institusi ini amat menyokong agenda transformational negara.

"Justeru, saya dan team telah menyediakan framework dan plan dengan mewujudkan hubungan strategik dengan organisasi luar terutama di luar negara dan menjual idea-idea kita, namun mendapat pulangan yang sangat ternilai.

"Untuk menghasilkan produk yang berkualiti, setiap organisasi perlu mengetahui hala tuju jabatan, justeru kita dapat mengatur strategik dan memberikan impak yang baik dalam setiap pelaksanaan," katanya kepada delegasi IPDM.

Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani juga turut menyampaikan beberapa hasrat IPDM untuk meningkatkan kerjasama strategik bersama RSOG terutamanya dalam aspek penyelidikan.

CEO RSOG menyambut baik cadangan dari IPDM dan bercadang untuk memulakan kerjasama penyelidikan mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak.
Dalam ucapan terakhir, beliau juga sempat memberi beberapa nasihat kepada IPDM agar dapat meneruskan matlamat jabatan.

Turut hadir, Encik Abdullah Hasan, Pengarah Pusat Pemikiran Kepimpinan RSOG.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM