IPDM SERTAI SESI ENGAGEMENT SEMAKAN AKTA PERTUBUHAN BELIA

Posted in Uncategorised

IPDM SERTAI SESI ENGAGEMENT SEMAKAN AKTA PERTUBUHAN BELIA

cats

Penambahbaikan Akta berkaitan dengan belia di negara ini dilihat amat wajar dan selari dengan persekitaran semasa serta Program Transformasi Belia Negara.

Bagi meneruskan gerak kerja semakan pindaan AKTA 668, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), di bawah Kementerian Belia dan Sukan, telah mengadakan Sesi engagement Bersama Kumpulan Khusus  (Focus Group) Semakan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (AKTA 668) bertempat di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya baru-baru ini.

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), bersama beberapa lagi Institusi yang menjalankan Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah dijemput dalam program perkongsian ini yang memfokuskan kepada Pembangunan Belia, Tadbir Urus Pertubuhan Belia dan Sokongan Pembangunan Belia. 

Kesemua Institusi yang menyertai sesi ini bertindak untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat serta menyenggara rekod semua perkara berkaitan pembangunan belia dan mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan belia.

Sesi engagement ini bertujuan menyelaras Keperluan Pindaan AKTA 668 bagi menambah baik, memperkukuh kerangka polisi dan perundangan pembangunan belia, menyelaras Dasar Belia Malaysia, serta memastikan kerangka polisi dan perundangan pembangunan belia lebih relevan, terkini dan futuristik.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, dalam sesi perbincangan ini turut menyokong Keperluan Pindaan AKTA 668 bagi mendukung pelaksanaan Dasar Belia Malaysia dan menepati keperluan dan kesesuaian semasa dan masa hadapan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM