IPDM BENTANG LAPORAN KEMAJUAN GERAN IKLIN

Posted in Uncategorised

IPDM BENTANG LAPORAN KEMAJUAN GERAN IKLIN

page 

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM),  dalam kerangka menyiapkan kajian bertajuk ‘Kajian Keberkesanan Aktiviti Rukun Tetangga dalam Meningkatkan Perhubungan dan Perpaduan Masyarakat’ di bawah geran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

Bertempat di Bilik Mesyuarat IKLIN Putrajaya, satu pembentangan hasil kajian telah dibuat oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, baru-baru ini. 

Skim Rukun Tetangga yang telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak ini, bertujuan memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu, berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional.

Selain mengkaji keberkesanan program Rukun Tetangga, kajian ini dapat mengenal pasti tahap perpaduan kaum antara penduduk dan konflik-konflik yang berlaku dalam sesebuah kawasan. 

Sehubungan dengan itu, IPDM dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri, telah mengedarkan soal selidik kajian kepada Ahli-ahli Jawatankuasa KRT di bawah penyeliaan JPNIN.

Dr. Hj Ahmad Zaharuddin Sani dalam pembentangan tersebut amat mengharapkan kajian ini dapat mencapai sasaran IPDM dalam meningkatkan pembangunan institusi. Selain itu, beliau juga berharap proses kajian ini akan berjalan lancar sebelum pembentangan akhir pada bulan Mac 2018.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM