CEO KARANGKRAF SARAN ORGANISASI BINA PERSONAL BRANDING

Posted in Akhbar & Berita

CEO KARANGKRAF SARAN ORGANISASI BINA PERSONAL BRANDING

2017 02 21 10.57.34 1

Kejayaan dan Pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), dalam industri Media disifatkan sebagai contoh agensi swasta terbaik dari segi budaya kerja, produk, dan kualiti organisasi.

Pemilihan lawatan ke Karangkraf oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), baru-baru ini, dilihat sebagai satu ‘benchmarking’terbaik kepada IPDM dalam mewujudkan sebuah organisasi yang lebih berkualiti dan mempunyai semangat kerja yang utuh.

Delegasi yang diketuai oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Dr. Husamuddin Yaacub.

Peluang bertemu CEO ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi mendapatkan perkongsian ilmu oleh seseorang yang amat pakar dalam bidang penerbitan dan percetakan. 

Dato’ Husamuddin dalam pertemuan tersebut, menasihatkan kepada IPDM untuk menyediakan kemudahan e-book bagi memuat naik semua bahan ilmiah dan rujukan yang terdapat dalam simpanan IPDM.

“Seperti yang kita sedia maklum, IPDM merupakan sebuah pusat pengumpulan, dan rujukan utama tentang pemikiran, kepimpinan dan dasar-dasar negara, justeru saya melihat IPDM boleh berkongsi semua karya yang dimiliki dengan seluruh masyarakat terutamanya generasi muda yang memerlukan maklumat mengenai dasar negara.

“Selain itu, saya amat menggalakkan mana-mana organisasi untuk melakukan branding dalam organisasi dan mencari penajaan dalam melaksanakan program”, katanya.

Dalam ucapan terakhir, Dr. Hj Ahmad Zaharuddin Sani amat berterima kasih kepada CEO Karangkraf atas kesudian menerima kunjungan hormat dari IPDM.

Pertemuan selama dua jam ini juga, dilihat mampu menyediakan peluang kepada IPDM untuk menjalinkan kerjasama bersama Karangkraf untuk program masa hadapan.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM