MEET & GREET

Posted in Uncategorised

" Meet & Greet " Wan Saiful Wan Jan

image002 1

Bagi melebarkan ruang kerjasama dengan badan-badan korporat, IPDM tidak melepaskan peluang bertemu dan bertukar idea dengan Saudara Wan Saiful Wan Jan dalam Program ‘Meet & Greet” semalam.

Bertempat di Bilik Mesyuarat IPDM, Chief Executive of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) ini, berkesempatan berkongsi sedikit sebanyak mengenai latar belakang kerjayanya dan penubuhan syarikatnya.

Sesi itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh tetamu yang hadir bagi mendapatkan perkongsian ilmu oleh seseorang yang amat pakar dalam bidang ekonomi.

Beliau yang juga memegang jawatan Director of the Southeast Asia Network for Development dan Chairman of the Istanbul Network for Liberty mengucapkan terima kasih kepada Pengarah IPDM, PPjR Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang sudi menjemput beliau sebagai tetamu pada program tersebut.

“Saya melihat pertemuan ini juga mampu menyediakan peluang kepada IDEAS dan IPDM untuk menjalinkan kerjasama dalam ruang lingkup penyelidikan.

“Kerjasama dua hala antara IPDM dan IDEAS akan diperkukuhkan lagi menerusi MoU untuk membentuk satu jaringan strategik yang bukan sahaja membentuk satu kerjasama formal malah memberi impak antara rakan industri dan akademik.

“Selain itu, saya juga amat menggalakkan mahasiswa yang ingin menjalankan Latihan Industri di IDEAS bagi pendedahan kepada peluang kerjaya yang sebenar.  Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan atau teori yang berkaitan ketika menjalankan praktikal dan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan idea sendiri yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga,” katanya.

Dalam ucapan terakhirnya kepada IPDM, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Turut hadir, Prof Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin dan Dr. Herman Shah Anuar.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM