"KETUANAN MELAYU : HAKIS PERPADUAN KAUM?" - IPDM & UTUSAN MALAYSIA

Posted in Uncategorised

"KETUANAN MELAYU : HAKIS PERPADUAN KAUM?" - IPDM & UTUSAN MALAYSIA

combine2

Utusan (M) Berhad dan rakan intelektual, Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) sekali lagi mengadakan forum APA ISU dengan menampilkan pakar-pakar sejarah sebagai panel, yang diadakan baru-baru ini.

APA ISU siri ke-2 dengan topik “Ketuanan Melayu: Hakis Perpaduan Kaum?”, menampilkan dua pakar sejarah iaitu Ahli Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Datuk Dr. Hj. Aziz Ujang.

Program bual bicara ini kendalikan oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri bertempat di ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur.

Forum ini menyingkap dan membincangkan pelbagai isu yang menguji Kedaulatan undang-undang negara, kedaulatan raja-raja kita dan ketahanan diri dalam mentadbir negara.

Dalam satu kenyataan, Datuk Dr. Zainal Kling turut menyentuh mengenai isu pemilihan warganegara oleh nenek moyang.

“Kita patut berterima kasih kepada nenek moyang kita terdahulu yang memilih Tanah Melayu sebagai tempat tinggal dan menikmati pelbagai keistimewaan warganegara Malaysia, berbanding negara lain yang masih berperang untuk memiliki negara yang aman. 

“Atas kesanggupan dan kesediaan yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak keistimewaan dan ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaysia”, katanya.

Secara kesimpulannya, Malaysia sebagai sebuah negara adalah diasaskan kepada konsep ketuanan Melayu di mana Raja atau Sultan Melayu adalah ‘Ketua' atau 'Tuan' kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM