IPDM REALISASI HUBUNGAN DUA HALA

Posted in Uncategorised

image002

Bagi merealisasikan perancangan hubungan dua hala, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), telah bersama-sama menjayakan The 3rd International Conference and Call for Paper” bersama Fakulti Hukum, Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) Semarang, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Penganjuran seminar yang bertemakan “Legal Development in Various Countries”, memfokuskan kepada kepelbagaian teori dalam pembangunan Undang-undang, serta mengkaji persamaan dan perbezaan undang-undang negara.

Dalam penganjuran seminar yang diadakan di Fakultas Hukum UNISSULA, Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah dijemput  sebagai salah seorang ucaptama.

Seramai 100 orang peserta dari beberapa buah negara telah menyertai seminar ini yang merupakan satu platform kepada pensyarah, penyelidik, golongan profesional dan mahasiswa untuk menghasilkan lebih banyak artikel yang berkaitan undang-undang serta dimuatkan di dalam jurnal antarabangsa yang berindeks Scopus.

Menerusi seminar ini, para peserta turut mendengar ucaptama dari pelbagai negara iaitu Pensyarah Universiti Thammasat Thailand, Prof. Henning Glaser, Pensyarah Universiti Nagoya Jepun, Prof. Shimada Yuzuru dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Ruzian Markom.

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM