SEMBANG SEJARAH@MUZIUM NEGERI KEDAH

Posted in Uncategorised

SEMBANG SEJARAH@MUZIUM NEGERI KEDAH

sembang sejarah 2

Bertepatan dengan sambutan Hari  Kemerdekaan serta Hari Malaysia 2017 yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah telah mengadakan Sembang Sejarah@Muzium Kedah.

Dalam menyahut seruan kepimpinan Negara, program ini menepati dengan usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan. 

IPDM dan Muzium Negeri Kedah mengambil inisiatif ini untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya pegawai kerajaan, penggiat industri pelancongan, pelajar IPT, pelajar sekolah dan masyarakat umum tentang sejarah-sejarah yang terdapat di Negeri Kedah dan Daerah yang terdapat di dalamnya.

Sembang sejarah bertemakan “Travelog Cinta: Alor Setar” dilihat sebagai satu mekanisme bagi memartabatkan kembali sejarah di Negeri Kedah.  Selain itu, program ini bertujuan menambahkan sumber maklumat dan penyelidikan bagi tujuan rujukan dan dokumentasi di masa hadapan.

Program ini menampilkan salah seorang tokoh Negara iaitu Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman, Dato’ Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof yang membicarakan mengenai Sejarah Alor Setar “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dan penceramah dari UUM iaitu Dr. Johan Affendi Ibrahim dengan topik “Pelancongan Warisan:Potensi dan Cabaran”.

Sebagai simbolik perasmian program, para tetamu turut menyaksikan penyerahan Skrol Pictorial Historiografi Dua Milennia Pensejarahan Kedah Darul Aman: Syair Sultan Maulana oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri kepada Pengarah Muzium Negeri Kedah iaitu En. Suhaidi Shukri sebagai pameran kepada para pengunjung yang datang ke Muzium Negeri Kedah. 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM