INTERNATIONAL CONFERENCE ON LAW & CULTURE 2017

Posted in Akhbar & Berita

INTERNATIONAL CONFERENCE ON LAW & CULTURE 2017

Institut Pemikiran Tun Dr.Mahathir Mohamad (IPDM) dengan kerjasama Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia danUniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd telah menganjurkan seminar International Conference on Law and Cultural (ICLC) 2017 bertempat di The Adhiwangsa Hailai Convention Hall,Solo Indonesia baru-baru ini.

Penganjuran seminar yang bertemakan “The Empowerment of the Local Wisdom in Facing Globalization” ini, memfokuskan kepada pembangunan teknologi yang seiring dengan kelestarian Undang-undang, Kemanusiaan, Budaya, Kepengurusan, Sains Sosial, dan Seni. 

Seramai 70 orang peserta dari beberapa buah negara telah menyertai seminar ini yang merupakan satu platform kepada pensyarah, penyelidik, golongan profesional dan mahasiswa untuk menghasilkan lebih banyak artikel yang berkaitan undang-undang dan budaya serta dimuatkan di dalam jurnal antarabangsa yang berindeks Scopus.

Timbalan Rektor UNS, Dr. Mohammad Jamin dalam ucapan perasmian, telah menyatakan perasaan gembira dan bangga atas kejayaan IPDM dan UNS dalam menjayakan seminar antarabangsa ini.  Beliau juga berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Menerusi seminar ini, para peserta turut mendengar ucaptama dari Pensyarah Undang-undang Universiti Chiba Jepun, Prof. Kenichi Sakakibara dan Dekan Fakultas Hukum UNS, Prof. Dr. Supanto.

Turut serta dalam seminar tersebut mahasiswa serta pensyarah-pensyarah Fakultas Hukum UNS.

1

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM