SKROL SYAIR SULTAN MAULANA MENDAPAT PERHATIAN NEGARA JIRAN

Posted in Uncategorised

seterusnya

Usaha Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) menghasilkan Skrol Syair Sultan Maulana telah mendapat perhatian negara jiran iaitu dari Universiti Thaksin, Songkhla Thailand.

Delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Professor Dr. Rattiya Saleh telah berkunjung ke IPDM bagi melihat sendiri hasil khazanah sejarah Negeri Kedah dan akan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada mahasiswa yang sedang menjalankan kajian dalam Ph.D. 

Dalam kunjungan tersebut, Prof. Dr Rattiya menyatakan perasaan bangga dan kagum atas pencapaian IPDM dalam mentransformasikan Syair Sultan Maulana yang dikenali sebagai Skrol Pictorial Historiografi Dua Milennia Persejarahan Kedah Darul Aman: Syair Sultan Maulana.

Dalam pada itu, Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata penghasilan yang diadaptasi menggunakan kaedah baharu tersebut dapat menambah koleksi warisan khazanah sejarah negeri ini sebagai inisiatif memberi manfaat kepada rakyat menghayati perjalanan sejarah Kedah dan dijadikan bahan kajian.

“Syair berkenaan telah ditransformasikan menggunakan kaedah penceritaan visual lakaran dan lukisan yang diterjemahkan di atas sebuah skrol sepanjang 30 meter untuk dikongsi pencinta sejarah dan generasi muda.

“Sementara itu, pelancaran skrol tersebut turut melakar sejarah Kedah di atas kertas kanvas sepanjang 30 meter dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Skrol Persejarahan Bergambar Pertama (Sejarah Kedah)”, katanya.

Dalam ucapan terakhir, Pengarah IPDM amat mengalu-alukan kunjungan dari masyarakat luar yang ingin melihat Skrol Syair Sultan Maulana di IPDM.

 

IMG 2008IMG 1987IMG 8715IMG 1995

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM