Pelajar praktikum dari Universitas Komputer (UNIKOM)

Posted in Akhbar & Berita

IPDM ONLINE : Mencari pengalaman kerja di Universiti Utara Malaysia (UUM) amat mengujakan bagi dua orang pelajar praktikum dari Universitas Komputer (UNIKOM), Bandung, Indonesia. Bertugas selama 27 hari, Malia dan Dewi memanfaatkan sepenuhnya pengalaman praktikum di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM). Sepanjang tempoh itu, mereka banyak membantu dalam penganjuran program IPDM dan telah ditugaskan untuk mengemaskini sistem pencarian koleksi buku-buku di IPDM. Pengarah IPDM, PPjR Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, walaupun hanya dalam tempoh yang singkat di sini diharapkan mereka dapat menimba sebanyak mungkin ilmu yang ada di IPDM dan UUM untuk di bawa pulang dan boleh diaplikasikan di alam pekerjaan nanti. Seluruh keluarga IPDM mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga kenangan bersama keluarga IPDM sentiasa dalam ingatan.
 
IMG 7956
 
IMG 7946
 
IMG 7950

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM