IPDM Dan IASDO Bakal Jalin Kerjasama Dalam Pembangunan Sistem

Posted in Akhbar & Berita

IPDM Dan IASDO Bakal Jalin Kerjasama Dalam Pembangunan Sistem

11 Jun 2017

IPDM ONLINE:Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dengan kerjasama Institute for Advance and Smart Digital Opportunity (IASDO) Pusat Pengajian Pengkomputeran, telah mengadakan perbincangan bagi mewujudkan satu sistem pengambilan staf baru yang memfokuskan kepada aspek kepimpinan.


Sistem yang dinamakan sebagai ‘Lead to Lead Recommendation System’ adalah sebagai satu inovasi yang boleh digunakan oleh organisasi dalam meneliti pengambilan staf mengikut kriteria yang ditetapkan.

Menurut Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, kecekapan sistem ini adalah merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti personaliti pemimpin dalam organisasi selain memudahkan organisasi untuk membuat pemilihan staf yang lebih tepat. 

Kaedah ini juga dapat meningkatkan kualiti di Bahagian Sumber Manusia sekaligus setiap individu akan berpuas hati dengan kecekapan dan tahap efisien sistem yang akan digunakan.

Turut sama dalam perbincangan Pengarah IASDO, Prof Madya Dr. Azizah Ahmad.

 

IPDM DAN IASDO BAKAL JALIN KERJASAMA DALAM PEMBANGUNAN SISTEM

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM