Bantuan Ramadan, Ringankan Beban Penduduk Kuala Nerang

Posted in Akhbar & Berita

IPDM ONLINE: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dengan kerjasama Utusan Online dan Rangkaian Anak-anak Padang Terap (RAPAT), telah menyampaikan sumbangan ramadan kepada golongan kurang berkemampuan di beberapa kawasan kampung sekitar Kuala Nerang, semalam (7 Jun 2017).

Sebanyak 40 keluarga termasuk ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) menerima bantuan barangan keperluan asas. 

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, bantuan bakul ramadan ini bertujuan untuk memupuk budaya prihatin kepada golongan yang lebih memerlukan. 

“Amalan ini telah dilakukan setiap tahun oleh IPDM bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.  Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.

“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan diharapkan agar masyarakat luar dan agensi-agensi di luar sana dapat bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang memerlukan”, katanya.

Sementara itu, Pengarang Unit Media Baharu Utusan Malaysia, Aznan Bakar amat berbesar hati dapat bersama-sama IPDM untuk membuat agihan bantuan ramadan pada tahun ini.

 

 bakul ramadan 2

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM