IPDM RAKAN STRATEGIK IYRES DALAM PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

Posted in Akhbar & Berita

IPDM ONLINE: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), terus melebarkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, kerjasama ini adalah satu anjakan positif dalam menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan belia meliputi pelbagai skop.

“IYRES merupakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan, bertanggungjawab menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia.

“Ini adalah kerjasama hebat di mana IPDM dan IYRES akan bekerjasama menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan”, katanya dalam sesi kunjungan hormat IPDM ke IYRES baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan IYRES, Wan Nor Iza Mohd Nor berkata, IYRES juga amat berminat untuk melibatkan IPDM sebagai pakar rujuk dalam penyelidikan dan hubungan kerjasama ini akan dibuat bersama-sama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Turut hadir Felo Penyelidik IPDM, Dr. Norruzeyati Che Mohd Nasir dan staf Bahagian Pentadbiran IPDM.

Isnin, 5 Jun 2017

 

IYRES

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM