IPDM – MBM ERAT KERJASAMA MELALUI PERJANJIAN MoU

Posted in Akhbar & Berita

IPDM – MBM ERAT KERJASAMA MELALUI PERJANJIAN MoU

29 Mei 2017 (Isnin)

IPDM ONLINE: UUM melalui Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dalam usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan MBM melalui Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi memenuhi agenda sebagai rakan kongsi bagi mengadakan pelbagai hubungan kerjasama terutamanya dalam bidang penyelidikan dan juga penganjuran program kepimpinan yang melibatkan penglibatan belia seluruh Malaysia.

Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim dan Presiden Majlis Belia Malaysia Tuan Haji Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin bertempat di Dewan Besar Utusan Melayu (M) Berhad semalam.

Pemilihan MBM sebagai rakan kongsi IPDM adalah peluang yang sangat baik memandangkan MBM merupakan salah satu badan yang aktif dalam pembangunan belia di malaysia. Hal ini dapat membantu mempromosikan semua program yang terdapat di UUM dan dapat memperkenalkan UUM di seluruh negara terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia.

Di samping itu pemilihan MBM sebagai rakan kongsi juga adalah bertepatan agar MBM dan UUM dapat bersama-sama memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dalam kalangan belia.

image003

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM