IPDM PENGANJUR BERSAMA FORUM INSPIRASIKU TN50

Posted in Akhbar & Berita

IPDM PENGANJUR BERSAMA FORUM INSPIRASIKU TN50
29 Mei 2017 (Isnin)
 
IPDM ONLINE:  Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Utusan (Malaysia) Berhad, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha menyahut panggilan kepimpinan negara dalam memperjuangkan aspirasi Pelan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 untuk memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia terutamanya generasi belia.
 
Program bual bicara ini dikendalikan oleh Pengarah IPDM,  PPjR. Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu (M)  Berhad  semalam.
 
Forum  Inspirasiku  TN50:  “Masa Depan Generasi Muda”  merupakan satu mekanisme yang dilihat bagi perkongsian idea-idea mengenai masa depan generasi muda yang dikupas oleh  Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berbahagia Dato Lokman Hakim Ali, dan Presiden Majlis Belia Malaysia Tuan Haji Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin.
 
Seperti saranan YAB Perdana Menteri, TN50 bukan sahaja sebagai gagasan bagi kita menghadapi cabaran dunia, malah ia merupakan satu usaha untuk membentuk hala tuju ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi belia masa kini.
 
Turut hadir Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad;Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim.
 
image002

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM