Pengumpulan Data Kajian Keberkesanan Aktiviti Rukun Tetangga dalam Meningkatkan Perhubungan dan Perpaduan

Posted in Akhbar & Berita

Pengumpulan Data Kajian Keberkesanan Aktiviti Rukun Tetangga dalam Meningkatkan Perhubungan dan Perpaduan

15/5/2017

Isnin

 

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalankan satu kajian bertajuk Kajian Keberkesanan Aktiviti Rukun Tetangga dalam Meningkatkan Perhubungan dan Perpaduan dibawah geran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) . Pada masa ini kajian di peringkat kerja lapangan. 
Dalam kajian ini, penyelidik bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri bagi menyampaikan soal selidik yang telah dibina untuk disampaikan kepada ahli jawatankuasa utama KRT di bawah JPNIN tersebut. Sehubungan dengan itu pada 15 Mei 2017, penyelidik telah berjumpa dengan pengarah JPNIN negeri Perlis, Encik Mohd Rosli bin Alias dan Timbalan Pengarah JPNIN negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Reezal bin Abdul Rashid bagi menyerahkan borang soal selidik.

18527763 1918764411746042 5433496658788948648 n

18527953 1918764408412709 2033485440613992248 n

18557185 1918764401746043 1002357068281367544 n

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM