Program Leadership Talkshow "Mencipta Pemimpin Menelusuri Zaman"

Posted in Akhbar & Berita

Program Leadership Talkshow "Mencipta Pemimpin Menelusuri Zaman"

YB Dato Sri Mohd Johari Baharum

15 April 2017

Dewan Budi Siswa Pusat Budaya dan Seni, UUM

 

Generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan perlu melengkapkan diri secukupnya dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran-cabaran masa kini yang semakin kompleks.Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Johari Baharum berkata kepesatan teknologi pada hari ini mewujudkan cabaran-cabaran baharu yang tidak dihadapi pemimpin terdahulu."Pada hari ini kita menghadapi banyak cabaran bentuk baharu yang lebih kompleks seperti ancaman-ancaman subversif, penyebaran ideologi pengganas melalui media sosial dan dadah bentuk baharu. "Justeru bakal pemimpin masa hadapan negara perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi menggalas tanggungjawab menghadapi dan menangani cabaran dan ancaman ini," ujarnya pada program "Leadership Talkshow - Mencipta Pemimpin Menelusuri Zaman" di Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM) petang semalam.Selain itu tambahnya lagi, pemimpin perlu meletakkan kepentingan untuk orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri."Pemimpin tidak boleh fikirkan kepentingan diri atau bangsa sendiri semata-mata. Sebagai pemimpin kita perlu menjadi pemimpin untuk semua bukan hanya pemimpin bagi golongan tertentu sahaja. "Di samping itu pemimpin juga perlu sedia berkorban, sentiasa berwaspada, bijak membuat keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak," katanya. Beliau turut berkongsi pengalamannya berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri dan perbezaan pendekatan kepimpinan ketiga-tiga pemimpin berkenaan.Program anjuran Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) ini bertujuan memantapkan keupayaan para belia secara keseluruhannya berhubung aspek kepimpinan di samping membentuk modal insan berkualiti berpaksikan kepada prinsip moral, etika dan kecemerlangan diri yang sentiasa menjadi fokus utama dalam memastikan kejayaan dalam sesuatu agenda dalam perkhidmatan awam. Program itu turut dihadiri belia-belia dari Majlis Belia Negeri Kedah. Hadir sama Pengarah IPDM, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri; Penolong Pengarah PBS, Mohd Jasrihanizan Badol dan pegawai-pegawai Universiti.

 

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM