Leadership Talkshow Ustaz Syamsul Debat

Posted in Akhbar & Berita

"Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, perlu ingat IM4A (Ingat Mati For Allah) iaitu dengan sentiasa mengingati nama Allah," kata Ustaz Syamsul Debat pada Leadership Talkshow 'Kepimpinan Diasuh Bukan Dilahirkan' di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pada 2 April 2017 yang lalu.

Dengan gaya penyampaian santai sambil diselitkan unsur humor itu, Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenar, Syamsul Amri Ismail berkata, amanah sebagai pemimpin sangat besar.

Katanya, amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak, justeru Rasulullah telah menegaskan supaya umatnya menjadi pemimpin yang amanah dan tanggungjawab tersebut bukan sahaja di tempat kerja atau negara, malah di rumah.

Tambah beliau lagi, antara syarat mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya ialah komitmen, belajar dan mengajar tanpa rasa malu atau ego serta tidak kedekut ilmu, seterusnya komunikasi.

"Seorang pemimpin juga kena miliki ciri-ciri seperti cepat, hadirkan diri, aplikasi (bukan sekadar bercakap), mantapkan keupayaan, profesional (tidak campur aduk kerja dan peribadi), iltizam dan tersusun," ujarnya yang merupakan Presiden Persatuan Alumni Pendebat Malaysia.

Talkshow anjuran bersama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) dan Manager’s Coffee itu telah menghimpunkan lebih 200 staf UUM dan juga pelajar.

Turut memeriahkan program tersebut ialah Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan pegawai-pegawai kanan UUM.

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM