Talkshow Kepimpinan Dalam Era Globalisasi

Posted in Akhbar & Berita

Talkshow Kepimpinan Dalam Era Globalisasi

27 Mac 2017

 

Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) telah menganjur program bual bicara bertajuk 'Kepimpinan Dalam Era Globalisasi' bersama Pengerusi Eksekutif, Nusantara Technologies Sdn Bhd (NUSATEK) Dato' Dr Mohamed Razali@Ghazali Mohamed Yusoff di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen, semalam.

Beliau merupakan seorang usahawan terkenal dengan pengalaman lebih 48 tahun dalam pelbagai bidang termasuk perbankan, pembuatan dan juga ahli akademik.

Pada program bual bicara itu, beliau berkongsi kejayaannya menjadi usahawan berjaya, tips dan strategi sebagai pemimpin ke arah era globalisasi seperti berkongsi rezeki, integriti, elak rasuah dan tidak berputus asa.

Selain itu, mengambil pendekatan dengan menganggap pekerja sebagai ahli keluarga dan sentiasa bekerja dalam pasukan.

"Saya bangga dengan sifat semula jadi bangsa Malaysia yang mempunyai ketamadunan yang tinggi.

"Kita sebagai manusia dilahirkan untuk memberi manfaat kepada alam dan orang lain, malah semua orang telah dikurniakan kebolehan tersendiri untuk memajukan diri masing-masing," katanya.

Pada program tersebut juga, Dato' Dr Mohamed Razali telah bersetuju untuk menyumbang dana sebanyak RM5 juta untuk Kursi Nusantara Imam Al-Ghazali, IPDM.

Dana itu merupakan langkah strategik dalam usaha untuk membangunkan Islam dalam bidang sains dan teknologi.

 

image006

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM