IPDM, FISIP UNS BAKAL BEKERJASAMA

Posted in Akhbar & Berita

Solo, 17 Mac - Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), terus melebarkan kerjasama bersama FISIP (Fakultas Ilmu Sosial dan Politik) UNS bagi merangka beberapa perancangan untuk program antarabangsa.

Dekan FISIP UNS menyambut baik kedatangan Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri ke Pejabat Dekan FISIP.  Kunjungan itu terkait rapat akan kerjasama dua buah institut ini dalam aspek pendidikan, penerbitan karya ilmiah, seminar antarabangsa serta pertukaran pensyarah dan mahasiswa sebagai bentuk kerjasama dua pihak.

Dalam pertemuan itu, Dekan FISIP merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah IPDM atas kesudian menjalinkan kerjasama dengan FISIP.  Beliau turut memuji hubungan baik IPDM bersama UNS yang telah terjalin sejak beberapa tahun lalu. 

Sementara itu, beberapa pertemuan lagi akan diadakan bagi membentuk rangka kerja antara IPDM dan FISIP. 

Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah pensyarah-pensyarah FISIP dan Pensyarah Bahagian Undang-undang Antarabangsa iaitu Dr. Emmy Latifah.

 

image002

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM