Pengarah IPDM mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor Universitas Sebelas Maret (UNS)

Posted in Akhbar & Berita

Pengarah IPDM mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor Universitas Sebelas Maret (UNS)

 

Solo, 16 Mac - Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor Universitas Sebelas Maret (UNS), Solo Indonesia.

Kunjungan itu disambut oleh Rektor UNS, Prof. Dr. Ravik Karsidi dan Pensyarah-pensyarah dari UNS. Kunjungan ini diadakan bersempena beberapa agenda yang ingin dilaksanakan antara UNS dan IPDM terutamanya bagi tujuan akademik.

Beberapa agenda penting telah dibincangkan untuk kerjasama UNS dan IPDM iaitu Publication yang memfokuskan kepada Siri Kepimpinan, Chapter in Book untuk menyediakan jurnal bersama dan beberapa Siri Seminar.

Dalam pertemuan tersebut, Rektor UNS menyatakan beliau amat mengagumi UUM dari semua aspek termasuk akademik dan juga fasiliti.

“Saya amat berharap supaya hubungan antara kedua universiti ini akan berterusan dan kerjasama yang terjalin menerusi beberapa agenda dapat memberi peluang yang besar untuk terus mewujudkan kolaborasi”

“Pihak UNS sedang dalam perancangan untuk mengadakan MOA bersama IPDM dan UNS juga akan membuat pertukaran mahasiswa UNS ke UUM dalam masa terdekat” katanya yang turut berbangga dengan kejayaan UUM.

Hadir sama, Dekan Fakultas Hukum UNS, Prof. Dr. Supanto dan Pensyarah Bahagian Undang-undang Antarabangsa iaitu Dr. Emmy Latifah.

 

image005

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM