IPDM JALIN KERJASAMA DENGAN UNS LANCAR WEBSITE ICLC 2017

Posted in Akhbar & Berita

http://m.harianjogja.com/…/2017-fh-uns-targetkan-publikasi-…

http://solo.tribunnews.com/…/tingkatkan-publikasi-ilmiah-fh…

http://www.galamedianews.com/…/dorong-publikasi-ilmiah-fhun…

Solo, 16 Mac - Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah menjalinkan kerjasama bersama Universitas Sebelas Maret (UNS), Solo Indonesia dalam melancarkan website International Conference on Law and Cultural (ICLC) 2017.

Pelancaran website telah dirasmikan oleh Dekan Fakultas Hukum UNS, Prof. Dr. Supanto bersama Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, dengan disaksikan oleh komuniti ICLC 2017 serta pensyarah-pensyarah Fakultas Hukum UNS.

Website ini adalah simbolik kepada seminar yang bertemakan “The Empowerment of the Local Wisdom in Facing Globalization” bertujuan mempromosikan seminar yang akan berlangsung pada Julai 2017.  Selain itu, website ini bertujuan meningkatkan penerbitan dalam kalangan pensyarah dan juga mahasiswa PhD.

ICLC 2017 terbuka kepada semua pensyarah dan mahasiswa seluruh negara untuk menghasilkan lebih banyak artikel yang dapat dimuatkan dalam jurnal antarabangsa yang berindeks Scopus.

Pelancaran website ini dimeriahkan dengan memotong Nasi Tumpeng Solo iaitu sajian khas Jawa.

image004

 

http://m.harianjogja.com/…/2017-fh-uns-targetkan-publikasi-…

 

http://solo.tribunnews.com/…/tingkatkan-publikasi-ilmiah-fh…

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM