IPDM ‘Teambuilding’ Teroka Kampus Rimba Hijau

Posted in Akhbar & Berita

9 Mac 2017
 
IPDM ONLINE: Persekitaran kampus UUM yang tidak kurang hebat seolah-olah bagaikan di taman rekreasi menarik jutaan pelancong ke Universiti yang dikenali sebagai Universiti di Rimba Hijau.  Warga UUM juga tidak mahu lepaskan peluang menerokai keindahan kampus UUM yang kaya dengan flora dan fauna.
 
Begitu juga bagi Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) tidak ingin melepaskan peluang menjejaki tempat-tempat menarik sekitar UUM.  Justeru, IPDM Teambuilding Siri 1/2017, pada hari ini, telah menjejaki Tasik Sintok yang juga dikenali sebagai hidden lake terletak tidak jauh dari Lapang Sasar UUM.
 
Teambuilding ini bertujuan bagi membudayakan sikap hormat menghormati dalam kalangan staf, mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan sikap bekerjasama antara satu sama lain. Program yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari turut dipadatkan dengan aktiviti berkumpulan dan aktiviti beriadah.
 
Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang turut sama dalam teambuilding ini, menyifatkan setiap jabatan perlu memperuntukkan masa bagi mengadakan aktiviti riadah atau teambuilding bagi merehatkan minda dan badan setelah penat bekerja.
 
Katanya lagi, IPDM akan memperuntukkan masa untuk menjalankan aktiviti riadah pada setiap bulan, selain mengambil peluang menggunakan fasiliti UUM yang sangat baik.
 
Siri teambuilding yang bertemakan ‘IPDM’s Bonding time’ ini juga ingin memperkenalkan keunikan UUM kepada dua orang pelajar praktikal dari Universiti Komputer (UNIKOM) Bandung, Indonesia.
 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM