IPDM - UTUSAN MALAYSIA WUJUD KOLABORASI

Posted in Akhbar & Berita

IPDM - UTUSAN MALAYSIA WUJUD KOLABORASI

Tarikh: 27 Februari 2017

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), terus melebarkan kerjasama apabila kali pertama menjalin kolaborasi bersama Utusan Malaysia.

Dalam satu pertemuan di IPDM, Pengarang Unit Media Baharu Utusan Malaysia, Aznan Bakar amat berbesar hati menerima pelawaan IPDM untuk menjalinkan kerjasama bagi beberapa projek yang dirancang.

Pengarah IPDM, PPjR. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, usaha sama ini adalah satu anjakan positif dalam memperkenalkan program-program yang dianjurkan IPDM.

Ini adalah kerjasama hebat yang mampu mencetuskan gelombang transformasi dalam memperkasakan kewibawaan IPDM agar ianya lebih dikenali di peringkat global.  Utusan Malaysia merupakan sebuah syarikat akhbar yang diyakini dapat membantu hasrat ini.

“Kerjasama dua hala antara IPDM dan Utusan akan diperkukuhkan lagi menerusi MoU untuk membentuk satu jaringan strategik yang bukan sahaja membentuk satu kerjasama formal malah memberi manfaat kepada masyarakat amnya”, katanya.

Perbincangan hampir 2 jam itu, lebih bermakna apabila kedua-dua pihak telah bersetuju akan bekerjasama melalui program bual bicara tidak lama lagi.

 

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM