UNBARI JAMBI

Posted in Akhbar & Berita

Delegasi dari Fakultas Hukum, Universitas Batanghari Indonesia (UNBARI JAMBI)

Pada 26 Februari 2017

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Batanghari (UNBARI), Jambi Indonesia.

Delegasi seramai 17 orang itu diketuai oleh Rektor UNBARI iaitu H. Fachruddin Razi, SH, MH.  Manakala IPDM diwakili oleh Pengarah IPDM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 

Kunjungan pertama kali ini bertujuan melihat peluang kerjasama antara UNBARI dan IPDM.

Beberapa agenda penting telah dibincangkan untuk kerjasama iaitu Publication yang memfokuskan kepada kepimpinan dan Polisi, Chapter in Book untuk menyediakan jurnal bersama dan Conference yang dicadangkan diadakan di Jambi. 

Sementara itu, Rektor UNBARI berkata UUM mempunyai kualiti prasarana yang baik dan antara Universiti terbaik, justeru kerjasama ini memberi makna yang besar kepada UNBARI.

Dalam ucapan terakhir, Pengarah IPDM berharap hasil perbincangan dan cetusan idea yang dibincangkan akan menghasilkan satu kerjasama yang baik.

Turut hadir Ahli Majlis IPDM, Yang Berusaha Prof Dr Abdul Bari Azed S.H., M.HUM.

image004

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM