Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Relasis UUM

Posted in Akhbar & Berita

Tarikh: 14 Februari 2017 

Hari: Selasa

Tempat: IPDM UUM

Pengerusi: PPjR Dr. Zaharuddin Sani Sabri

Tahun 2017 dianggap tahun yang mencabar bagi BrigedPegawai Bersekutu RELASIS UUM.  Walaupun pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada Tahun 2016, pasukan ini sentiasa mengatur langkah bagi memastikan misi dan visi tercapai.

Dalam pertemuan baru-baru ini di Pejabat Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan antaranya,  Program kemasyarakatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan IPDM serta cadangan pemantauan pelajar ke kelas pada setiap hari Sabtu.

Selain itu, bagi membantu pihak Universiti dalam melancarkan Program Pesta Konvo UUM 2017, RELASIS UUM ingin memberikan khidmat dalam mengawal lalu lintas, pemantauan gerai-gerai, dan lain-lain. 

Sementara itu, beberapa pelaksanaan aktiviti pada Tahun 2016 antaranya Kursus IMP, Latihan Pentauliahan Briged Relasis Malaysia 2016, Majlis Pentauliahan Briged Relasis Malaysia 2016, Kelas Pengendalian T-Baton dan pergerakan T-Baton (semester 3), Program Himpunan Kebangsaan Pemimpin Belia Malaysia, Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR) dan Kursus Pemantapan Kawad Tangan Kosong dan Sistem Kawalan Setempat.

Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah PPjR Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Mohd Sabri, PPjR Dr. Mohd Dino Khairri Mohd Shariffuddin, PgR Md. Zawawi Abu Bakar, PgR Dr. Mohd Azril Ismail, PgR Dr. Rabiah Abdul Ghani, PgR Zahril Anwar Malek Abdol Hamid, PgR Abdul Muhaimin Zenol dan PgR Mohd Aizul Firdaus Musa.

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM