IPDM TERIMA 30 ORANG PELAJAR PHD

Posted in Akhbar & Berita

Tarikh: 14 Februari 2017 

IPDM ONLINE: Kunjungan kali kedua dari Universitas Islam Attahiriyah (UNIAT) ke Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) pada hari ini, bukan dengan tangan kosong. Pertemuan kali ini adalah bagi merealisasikan hasrat UNIAT untuk menghantar pelajarnya bagi menyambung pengajian ke peringkat PhD di UUM.

Kunjungan mereka disambut oleh Pengarah IPDM UUM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dan juga wakil dari Pejabat Naib Canselor, Dr. Herman Shah Anuar.   

Dalam pertemuan kali ini, UNIAT yang diwakili oleh Prof Ikhwan telah menyerahkan sebanyak 30 borang pelajar PhD kepada Wakil Pejabat Naib Canselor, Dr. Herman Shah Anuar disaksikan oleh Pengarah IPDM.

Prof. Ikhwan berkata, mereka sangat gembira dan bertuah kerana hasrat untuk bekerjasama dengan UUM telah tercapai.  Beliau berharap akan ada lebih ramai pelajar dan pensyarah dari UNIAT untuk menyambung pengajian di sini.

Manakala, Dr. Herman Shah Anuar dalam ucapannya, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada UNIAT atas kesudian menghantar pelajar ke UUM.  Beliau berharap hubungan erat antara dua buah negara ini akan terus kekal dengan pelbagai lagi program-program pada masa akan datang. 

UUM juga akan turut memberi kerjasama dalam membantu pelajar-pelajar ini bagi mengikuti kelas Academic Writing dan Research Method.

Turut hadir, Prof. Misbahul Munir Sidqon dan Prof. Towaf Totok Irawan.

 

 

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM