Kunjungan UPM & Walailak University

Posted in Akhbar & Berita

Kunjungan dari Assoc Prof Dr. Ahmad Tarmizi Talib(UPM), Mr. Abdulrazek Panaemalae (Walailak University, Thailand) sempena perbincangan usahasama.

Tarikh: 12 Februari 2017

Tempat: IPDM UUM

IPDM ONLINE: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), telah menerima kunjungan dari wakil Universiti Walailak Thailand dan Universiti  Putra Malaysia (UPM) pada 12 Februari 2017.

Universiti Walailak Thailand diketuai oleh Pengarah Pusat Pengajian Islam, Pembangunan Komuniti Muslim, Abdul Razak Panaemaleae, dan UPM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib.

Kedatangan delegasi tersebut disambut oleh Pengarah IPDM UUM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.  Kunjungan pertama kali ini bertujuan melihat peluang kerjasama antara UPM, Universiti Walailak dan IPDM terutama dalam Penganjuran Seminar yang memfokuskan kepada kepimpinan belia dan peluang untuk menandatangani perjanjian bersama UUM.

Dalam perbincangan, delegasi turut menyatakan hasrat untuk menghantar pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat PhD  atau Doktor Falsafah di UUM.   

Pengarah IPDM berharap hasil perbincangan dan cetusan idea yang dibincangkan akan menghasilkan satu kerjasama yang baik.

 

16684037 1863788713910279 3610744533546022033 n

16708393 1863788720576945 8519423206856228783 n

16730151 1863788717243612 8993800072653758712 n

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM