Program Kuliah Umum Pengarah IPDM

Posted in Akhbar & Berita

Program: Kuliah Umum Pengarah IPDM 

Tarikh: 9 Februari 2017

Anjuran: Universitas Islam Attahiriyah Jakarta (UNIAT)

Tempat: Harris Hotel Tebet Jakarta Selatan.

Turut Hadir: Ketua Umum Yayasan Pendidikan Attahiriyah, Wakil rektor akademik, Wakil rektor non akademik, Para dekan dan 78 pelajar UNIAT.

 

Jakarta, 9 Februari– Seperti acara tahunan setiap tahun, Universitas Islam Attahiriyah (UNIAT) telah merancang beberapa kuliah umum bagi memastikan pelajar-pelajarnya mendokong ilmu yang secukupnya. Dalam penganjuran program tersebut baru-baru ini, Pengarah IPDM UUM, PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Hidup Dalam Kepelbagaian Budaya dan Agama : Pengalaman Malaysia”.  Perkongsian ini disampaikan kepada 100 orang pelajar UNIAT yang terdiri dari empat fakulti iaitu, Ekonomi, Undang-undang, Teknik dan Agama. Ketua Umum Yayasan Addiniyah Attahiriyah, KH. Khudori Tahir berkata, UUM merupakan salah sebuah Universiti terbaik dunia dan beliau amat berharap dapat menghantar pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat PhD atau Doktor Falsafah di UUM tidak lama lagi. Turut hadir, Wakil Rektor Akademik, Wakil Rektor bukan Akademik dan Dekan-Dekan.

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM