FAQS

Posted in Profil

1) Apakah sebenarnya Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Menurut surat Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Ogos 2003, Kabinet telah meluluskan Penubuhan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dan ditempatkan di Universiti Utara Malaysia. Kelulusan penubuhan IPDM ini adalah berdasarkan syor yang telah dicetuskan oleh perwakilan UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang ke-54 pada 19 Jun 2003.

2) Apakah Objektif Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Menjadi pusat penyelidikan, pembelajaran dan latihan di peringkat pasca siswazah (post graduate studies) tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan  dasar negara;
  • Menjadi pusat perundingan, pengumpulan, dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar-dasar negara;
  • Menjadi pusat latihan kepimpinan, pemikiran dan pembinaan negara bangsa;
  • Meneliti dan menterjemah pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar negara ke dalam program atau aktiviti akademik/profesional yang boleh digunakan oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional; dan
  • Mengkomersialkan aktiviti-aktiviti IPDM untuk menjana pendapatan kepada Universiti.

3) Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Sebagai sebuah Institut yang berhasrat untuk menjadi pusat penyelidikan, perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, kepimpinan, dan dasar-dasar negara, maka Institut memberi fokus kepada empat bidang tujahan iaitu :
  • Kepimpinan
  • Pembinaan Negara Bangsa
  • Ketahanan Negara
  • Kedaulatan Negara
Institut juga bersedia mengendalikan apa-apa bentuk penyelidikan dari pihak luar, sama ada dikendalikan sepenuhnya oleh Institut mahupun kolaborasi.

4) Apakah misi Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam dasar dan kepimpinan.

5) Apakah visi Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Menjadi pusat rujukan utama pemikiran Perdana Menteri-Perdana Menteri dan tokoh-tokoh negara.

6) Berapakah bidang tujahan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dan nyatakan ?

  • Mempunyai 4 bidang tujahan
    • Ketahanan Nasional
    • Kedaulatan Negara
    • Kepimpinan dan Polisi
    • Pembinaan Negara Bangsa

7) Adakah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) membuat penyelidikan dan nyatakan beberapa penyelidikan tersebut?

  • Projek Lukisan 2 Milenia Sejarah Negeri Kedah
  • Managing Youth Potential Towards Malaysia's Nation Building
  • Project Title 2 : Managing Leadership Cycle Among Youth

8) Talian yang manakah perlu saya hubungi sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan?

  • Anda boleh menghubungi Pejabat Am (IPDM) di talian +604-9284845.

9) Apakah no. faks Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Anda boleh menghubungi di talian +604-9284842.

10) Apakah alternatif lain untuk menghubungi pihak Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)?

  • Anda boleh menghubungi melalui Facebook : Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

uum icon mygov msc mampu  myline tourism krste sirim

Logo Footer new januari 2017

IPDM